hari ini nak petik satu petikan dari laman panduan islam yang my baca... sangat menarik hee tambah pulak ngan gambar2 hero hindustan tu kan hehe...btw cerita hindustan (3 idiots) tu best! sesuai untuk terapkan nilai2 persahabatan...
Cara Pilih Sahabat Sejati ::
1- Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2- Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa teharu, jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu dia suka menghitung-hitungkannya (menyebut-nyebutnya).
3- Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa teharu dan dianggap sangat berguna. Jika dia mengetahui tentang keburukan dirimu, dia suka menutupinya.
4- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi. Jikalau engkaun diam,dia mula menyapamu dulu. dan jika sesuatu kesukaran atau kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5- Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkanmu bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakan, dan jika engkau berselisih dengannya dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dari apa yang my baca n faham ni kan... jauhnya lagi perjalanan my untuk layak menjadi sahabat yang sejati... tapi Alhamdulillah Allah kurniakan juga sahabat sejati kepada my...Alhamdulillah...syukran ya Allah...