Tuesday, April 26, 2011

Bersabarlah Wahai Hati-Hati Yang Diuji...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera teman-teman...Moga masih dikurniakan nikmat Iman & Sehat InsyaAllah...

Sabar..Sabar...Sabar...

Teringat pesan ayah beberapa jam sebelum my melangkah ke Alam Perkahwinan... kerana segalanya memerlukan keSABARan...

Sabar dalam mendidik diri menjadi Isteri Solehah...Sabar dalam memahami Suami... Sabar untuk dikurniakan Zuriat...Sabar dalam mencari Kerja...

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

Kadang-kadang hati ni terasa sangat bila tengok semua kawan-kawan dah update company info dalam facebook masing-masing..tengok semua status berkaitan ngan kerja masing.. kehidupan seharian di opis masing-masing..

Terasa sia-sia pulak degree yang ada sebab sampai sekarang which is da nak masuk 5 bulan menganggur... Bukan tak cari bersungguh-sungguh tapi di Sabah ni susah betul nak cari kerja.. Kerja taraf Degree pon kebanyakkannya di penuhi dengan lepasan SPM & Diploma.. atas sebab Gaji degree mereka tak mampu nak bayar.. Oleh itu terpaksalah menganggur..

Hati berbelah bahagi samaada nak balik KL untuk berkarier or stay Sabah disamping suami tercinta...

Mak Greys dalam cerita Greys Anatomy once said, wanita ni tak boleh achieve both.. kena pilih antara karier atau rumah tangga... kalau nak both salah satu pasti kecundang...

Berbalik kepada masalah my... kenapa my nak bekerja sebenarnya?? Tak cukupkah suami je yang bekerja?? bukannya ada tanggungan lagi kan?

Kadang-kadang ingin bekerja ni bukan sebab duit semata-mata.. Macam time belajar dulu buat part time jugak kan.. bukannya sebab ayah tak mampu.. ayah nak didik anak-anak dia berdikari.. supaya anak-anak ayah lebih menghargai duit atas usaha sendiri.. kalau terus-terusan di suap dengan kemewahan pasti sekarang anak-anak ayah tidak bersyukur...

Walaupon my dah kawen.. my jadi tak senang duduk untuk terus bergantung kepada hasil kerja suami jer... My nak berdikari... Banyak kes yang kita tahu isteri yang tidak bekerja terkapai-kapai mencari sesuap nasi apabila menjadi ibu tunggal/tinggal.. Nauzubillah...

Disamping itu kerja dapat menjauhkan diri my dari asyik berfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya my fikir..Kalau time belajar dulu my buat macam-macam untuk kekal aktif.. join program-program, kerja part time dan sebagainya..

My share dengan kawan baik my tentang kesedihan tak dapat-dapat kerja ni.. mungkin buhsan kot dengan keluhan my yang asyik mengadu tak dapat kerja..disamakan pulak xdapat kerja my dengan xdapat jodoh dia.. hurmm mintak maaflah.. terima kasih sudi dengar masalah my..sampai dah tak tahan la tu..huhuh

Suatu pagi.. my dapat result DPLI.. which my tak dapat.. my menangis teresak-esak.. my pon tak tahu kenapa my sedih sangat macam la its end of the world and i will never get another chance... huhu tapi hati ni sebak sangat.. rasa susah sangat nak cari kerja.. Sampai suami kena belanja ice cream la baru boleh diam.. hehe ngada-ngada betul...

Saat hati ini sedih..Aimi datang sabah...Alhamdulillah terubat sikit kesunyian tanpa teman-teman di sabah ini.. TERIMA KAISH ye AIMI SYARFA :)

Apa-apa pon...Kalau my dapat semua yang my nak.. mungkin my takkan bersyukur apatah lagi menghargai nya..

So...Bersabarlah... InsyaALLAH ada rezeki nanti dapat la my keje... :)

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun".

Friday, April 15, 2011

Demi Cinta~ Ust Pahrol Mohd Juoi~iluvIslam

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Memaafkan pasangan hidup kita seperti memaafkan diri sendiri! Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesar-besarkan oleh kita sendiri.

Tirulah sifat Al A'ffu (Maha Pemberi Maaf) Allah SWT... yang terus-terusan memaafkan kesalahan hamba-Nya selagi kitam sudi bertaubat. Hanya dosa syirik, selain itu... pengampunan Allah tidak bertepi dan "bertapi" lagi.

Jadi siapakah kita yang tidak mahu memaafkan kesalahan suami atau isteri kita? Kita hanya manusia yang turut berdosa... Apakah kita terlalu suci untuk tidak memaafkan dosa orang lain? Sesungguhnya, manusia lain berhak mendapat kemaafan sesama manusia. Dan manusia yang paling berhak mendapatkan kemaafan itu tidak lain tidak bukan ialah isteri atau suami kita.

Kerana cinta Allah terus sudi memaafkan, dan kerana cinta jugalah kita seharusnya sudi memaafkan kesalahan pasangan kita hanya kerana mengharapkan kemaafan Allah. Ingatlah, kita mencintai mereka bukan kerana mereka mencintai kita, tetapi kerana perintah Allah agar mencintai mereka!

Katakan kepada diri, betapa sukar sekalipun, kau wajib memaafkan. Memang kadangkala ada tingkah lakunya, tutur katanya atau sikapnya yang terlalu menyakitkan hati... Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa, tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Hendak melupakan? Ah, jauh sekali. Sekadar memaafkan pun begitu berat terasa di hati.

Bila datang perasaan semacam itu di hati mu... sedarlah ketika itu Allah menguji cinta mu! Allah bukan sahaja menguji cinta mu kepadanya, tetapi menguji cinta mu kepada-NYA..

Pada ketika itu terujilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang, orang yang paling dapat membuat diri mu marah ialah orang yang paling kau cintai. Jadi bila kita diuji begini katakan pada diri... Oh, Tuhan Kau sedang mengajarku erti cinta dan sabar.

Jika benar cintakan dia kerana cintakan DIA (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. Justeru sesungguhnya cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. Jika cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta! Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan diri kita sendiri.

Kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk isteri atau suami mu tetapi buat hati mu sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kepada orang yang kita cintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan.

Kemarahan seumpama 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meledak di dalam diri kita.Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu".

Sekali lagi, untuk mendapat ketenangan dalam hidup... berilah kemaafan. Kata ahli psikologi, bila kita memaafkan barulah kita 'bebas' dari belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu.

Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita.Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya.

Justeru, memaafkan pasangan adalah tradisi atau "life style" orang-orang yang soleh. Sayidina Umar memaafkan isteri yang meleterinya. Sayidina Ali pernah memaafkan Siti Fatimah yang pernah mengguris perasaannya. Kita tentu ingin meneladani mereka bukan? Bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita. Siapa lagi, kalau bukan isteri atau suami?

Islam menuntut kita memaafkan musuh kita sekalipun... Apatah lagi memaafkan isteri atau suami sendiri. Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi, itulah kemaafan. Dan hakikatnya suami atau isteri kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain!

Anehnya kita sukar memaafkan orang yang masih hidup. Kita lebih mudah memaafkan orang yang telah mati. Sedangkan kemaafan itu penting untuk orang yang nasuh hidup, bukan untuk orang yang telah mati.

Bayangkan, isteri atau suami kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh sidia buat selama-lamanya? Sedangkan masih ada yang "tidak selesai" antara hati-hati kita berdua?

Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah kita kembali dengan tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi, maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah sepanjang hayat sekiranya salah seorang kita pergi menghadap Ilahi dahulu.

Percayalah! Saya pernah mendengar cerita betapa ada seorang suami yang kematian isteri, yang hingga kini masih terseksa jiwanya akibat tidak memaafkan isterinya yang tiba-tiba mati dalam satu kemalangan yang tidak disangka-sangkanya. Mintalah kemaafan, dan berilah kemaafan, jika benar kita sedari mati itu datang tiba-tiba!

Telah berapa kali saya ulangi bahawa jika kita tidak maafkan orang lain, samalah dengan tidak memaafkan diri sendiri. Hati kita akan lebih menderita kerana itu. Telah terbukti ramai penghuni rumah sakit jiwa adalah terdiri daripada mereka yang bakhil... Bakhil kerana harta? Bukan! Tetapi terlalu bakhil untuk memberi satu kemaafan. Jangan lokek untuk memberi maaf, jika tidak, hidup kita akan sentiasa diselubungi stres, murung dan resah walaupun mungkin tidak sampai dihantar ke rumah sakit jiwa.

Kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan, kekhuatiran, kerisauan dan ketakutan akibat benci dan marahkan sesuatu, seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibodi ataupun vaksin... tetapi hanya oleh tindakan memaafkan orang lain. Memberi maaf itu adalah terapi dan penawar jiwa yang lara.

Seorang ahli falsafah, Plato pernah berkata,"kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan." Insya-Allah, sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubati terlebih dahulu maka penyakit lahiriah akan dapat diubati dengan mudah. Siapa doktornya? Bukankah diri kita sendiri? Apakah ubatnya? Ya, sikap pemaaf.

Justeru antara adab tidur yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan oleh kita ialah memaafkan kesalahan orang lain. Setelah membaca "4 Qul", doa tidur dan zikir-zikir yang lain, kita diminta memaafkan semua kesalahan orang lain pada hari itu. Dan "orang lain" yang paling dekat dan hampir dengan kita ialah teman tidur di sebelah... siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita.

Maafkanlah kesalahan pasangan kita sebelum episod hari itu berakhir. Jangan simpan dalam "fail" di hati sanubari kita. "Delete" segera sebelum ia bertukar menjadi virus yang akan merosakkan rasa cinta, sayang, kemesraan dan kerinduan antara kita suami isteri. Jangan lagi fikirkan "sepatutnya, dia tidak boleh buat begitu atau begini..." Selagi masih ada fikiran yang semacam itu, maka selagi itulah tidak akan ada rasa ingin memaafkan atau meminta maaf.

Siapa kita yang sepatutnya dilayan, dihormati dan dibelai mengikut jangkaan kita sendiri? Sebenarnya, jangkaan kita dalam satu-satu itulah yang menyebabkan berlakunya keretakan.

"Isteri ku sepatutnya bersikap begini terhadap ku. "

"Suami ku tidak sepatutnya bersikap begitu dengan ku."

Jangkaan-jangkaan inilah yang menimbulkan kekecewaan apabila ia tidak berlaku seperti yang kita jangkakan. Dan anehnya itulah yang sentiasa berlaku. Kenapa? Jawabnya mudah, dunia dan kehidupan tidak seperti yang kita jangkakan. Oleh itu jangan menempah sakit jiwa dengan sering menjangkakan sesuatu yang tidak mampu dan tidak sepatutnya dijangka. Sebaliknya, terima atau jangkalah sesuatu yang tidak dijangkakan!

Justeru, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan bersumber dari pasangan kita, maka sikap memaafkan adalah penawar yang paling melegakan. Oh, sepatutnya begitu, tetapi dia begini, tak apalah... aku maafkan. Aku akan terus mengingatkannya, mendidiknya dan mendoakannya. Semua itu kerana aku masih dan terus cintakannya. Bila ada maaf, itu petanda ada cinta. Tiada ungkapan, "tiada maaf bagi mu" selagi ada rasa cinta.

Kekadang ada yang terlalu sukar memaafkan pasangannya. Mereka ini sentiasa kesal, menyesal dan kecewa atas kesalahan, kekurangan dan kelemahan suami atau isterinya. Mereka yang diserang penyakit "benci tapi rindu" ini akan menyeksa diri sendiri. Kekadang isteri dimarahi, diherdik dan dicaci pada siang hari, namun pada malamnya dia akan tidur bersamanya lagi. Rasulullah SAW sangat membenci sikap suami yang begitu.

Mereka yang sukar memaafkan pasangan hidup akan terseksa sepanjang hidup. Hidup dalam kebencian, kesepian, kemurungan dan rasa bosan yang berpanjangan. Bila dekat timbul jemu, bila jauh timbul rindu.

Jadi maafkanlah selagi dia menjadi teman hidup mu. Petanda cinta mu akan ke syurga ialah rumah tangga mu di dunia menjadi tenang, damai dan harmoni. Apalagi yang boleh menyumbangkan ke arah itu kalau bukan kemaafan?

Kata ahli psikologi, "Tuhan boleh mengampunkan segala dosa kita, tetapi sistem saraf kita tidak." Maksudnya, sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan. Dan jauh lebih lama sebelum itu Rasulullah SAW telah mengingatkan, matilah kamu dengan marah mu!

Saudara/i ku, aku yang menulis ini pun masih bermujahadah untuk memaafkan.

Sikap Isteri Yang Disenangi Suami

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, April 14, 2011

Sahabat...di hati atau sekadar persinggahan...

Assalamualaikum....

Malam tadi tidurku terganggu.. memikirkan sesuatu..sesuatu yang mungkin sudah tiada di hati..

Hampir 5 bulan sudah kita semua tinggalkan UIA... masing2 dah keje... ada yang dah kahwin... tak kurang juga yang masih menganggur... errk..hahaha

Terlalu banyak memori sepanjang menuntut di UIA nih... terlalu banyak yang nak di kongsi.. Tapi kisah hari ini adalah kisah yang paling penting...kisah yang membuatkan tidurku terganggu.. Selama aku kat UIA ni la kan... kan lama... 5 1/2 tahun... so0o0 kawan ni bersilih ganti...tapi yang sentiasa di hati dari 1st day 1st sem 1st year till now...AIMI SYARFA... kita lalui bermacam2 ragam bersama2... terlalu banyak untuk diceritakan... gaduh...bertumbuk...tarik2 rambut pon...AIMI tetap kawan ngan my... tahap kesabaran yang mcmn la yang Allah kurniakan kat AIMI ni yeh?? you've been with me thu thick n thin..hard n easy...trouble n comfortable... kita ada satu policy untuk kekal besahabat! ingat tak apa policy tu?? hahaha kalau sama kelas...xleh sama bilik... kalau xdapat sama kelas...kene sama bilik.. at least tak jemu...tapi mampu bina kerinduan...kita bagai nescafe dan coffee mates...we complete each other :) Thank You So0o0 Much!

Zati...my kenal zati time kelas kat matrik... kelas kita semua sama kan dear...kamu sangat friendly n happy go lucky... bilik kita pon xpenah jauh...jerit pon dengar hehe..saya sangat suka kawan ngan awak... sangat suka awak n family yang sangat caring :) rindu saat kelas sama...study sama..hehe terima kasih sebab banyak bantu my dalam pelajaran... terutamanya maths.... hehe susah betol tak amek addmaths ni... alhamdulillah grad jugak.... belajar akaun sesama time matrik dulu hehehe... from zati my kenal farah... alhamdulillah... both of u are soooo amazing... tak lupe juga intan & mas.... eh ingat tak kita g raya umah madam nik... hehehe kelas akaun paling bestttt... with madam nik...rite? hehe miss the old days rite... u in my heart 4 ever :)

YATI saya sayang kamu sangat2... tak sangka kan...time matrik dulu...aku bukannya tak perasan ko...cumenya...aku time tu ada "geng"...tu yang tak terGENG dengan ko tu...lgpn kita tak sama level kan... Alhamdulillah...Allah tetap nak kita bersama...so DIA temukan kita kat BTN... Alhamdulillah...kali ni..hati kita tertaut...rumah kita dekat pulak...so mmg selalu la aku g umah ko kan...terima kasih sebab selalu bersama saya...susah dan senang saya... selalu ingatkan saya "my behave..." hehehe ko agak blur...tapi ko sangat jujur... so senang sangat kawan dengan ko..melalui awak...saya kenal orang2 yang hebat pae..ekin..nana..

Sebenarnya saya kenal pae dulu...baru kenal yati... kenal pae dari matrik... suka pae sebab pae tegas dan nampak sangat matang... saya belajar menjadi matang dari pae... hehehe teringat plak penah dok pi nangis kat bilik pae ngan zati... hahaha buat malu jerr... pae... terima kasih sebab bagi my jadi part of pae's life.. gembira sangat berpeluang kenal pae... terima kasih sebab selalu bagi my lepak bilik pae sejak kat matrik dulu sampai la kte grad... bagi my pinjam baju...bagi my dtg umah pae...tido umah pae...dan dapat rasa makanan paling sedap kt perlis... uihhhh terasa mcm nak makan lagi... hehe apa2 pon...thanks for the sweet memories... :) n my mintak maaf sangat2 kalau ada secara sengaja atau tidak.ada sakitkan hati pae... tak de apa yang my simpan dalam hati kecuali kenangan2 manis kita... :)

ekin mat hussien..awak roomate saya yang sangat best! we have been going tru a lot... saya sayang awak... terima kasih sebab sudi jadi kawan + roomate saya.... awak ngan pae ajar saya menjadi dewasa.. saya appreciate awak sangat2 cuma mungkin saya tak zahir kan secukupnya... saya banyak sakitkan hati awak... hehe kdg2 sengaja... kdg2 tak... tapi bile kita kehilangan baru la kita tahu betapa berharganya nilai sahabat sebenarnya... mungkin kita tak serapat dulu... tapi saya syg awak... n always praying that u will achieve the best in ur life...always and forever.... saya akan ingat awak selamanya... terima kasih sebab tak pernah abaikan saya sepanjang saya kawan ngan awak...

Nik Anis Amirah..tak ingat bile kita mula2 kenal... matrik ke? ke kat main camp yeh? tapi kita start rapat time kita sekelas n we spend some time together... my aimi anis alya n ekin... sem tu kita sangat rapat... study sama2..g kelas sama2... g exam sama2... tido kat bilik ya sama2... anis banyak dengar masalah my... banyak tolong my...drop my balik kelas..my gembira sangat anis n ya get back together... sebab thats best friends do... they be together... alhamdulillah... my ngan aimi takkan lupe anis... sebab anis is part of us selama satu sem lebey...sejak dah habes belajar... u stop replying my text... which make me wonder ada ke my buat silap... if ada...my mintak maaf...

They are great people who makes greats memories...

Ramai lagi yang sentiasa dalam hati saya...terutamanya my ro0mates...Nur Sakdianah Hashim, Safawati Safwan & Rabaatul Adawiyah... tak sampai 2 tahun pon kita kenal... tapiii kalian sangat2 baik...there is no word to describe pengorbanan kalian untuk my... sentisa ceriakan hidup my after a full day of class... ketawa bersama kalian... makan bersama... owh!!! really miss da moments...sakdianah...awak call saya hari tu cakap awak rindu saya pon boleh buat saya menangis teresak2 ok!

sekian dulu bebelan saya... heh! nnt saya sambung lagi ok...

p/s:: saya xnyatakan di atas siapa yang membuatkan tidur saya terganggu malam td...heh!

Tuesday, April 12, 2011

kisah trifle & kuih jagung...:)

salam... kabare dong semua?? harap sehat selalu ye :) harini saya nak cte ttg suami saya yang sangat suka kastard...hehe.. ia bermula time kitorang mula2 try buat trifle...suami sangat excited...hehe saya belajar makan trifle dr kawan saya dia uia... mohd fadzhil yahya... hee...dia buat trifle untuk jamu kitarong time raya celebration mahallah ali-safiyyah-zubair :) pastu...bile dok sabah teringin nak makan mcm2... konon nye nak try la buat trifle... call fadzhil xjawab2... oleh itu cari je la resepinye di myresepi.com :) resepi trifle:: Bahan-bahan:: 1 tin susu cair 1 sd besar gula 4 sd besar tepung kastard 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard ½ biji kek gulung sederhana saiznya 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 1 peket agar-agar jeli kristal Nona 1 mangkuk air panas Cara-cara:: 1.Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api. 2.Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api. 3.Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin. 4.Masukkan buah-buahan tin hingga habis. 5.Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi. 6.Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. 7.Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. Hasilnye:: rasa dia...urm...boleh la tahan... boleh improve lagi insyaAllah... kemudian...setelah beberapa minggu... banyak jugak resepi yang kitorang try... puding cocktail la... puding jagung la.... hehe macam2... pastu....semalam suami tak puas ati...dia nak cube buat puding jagung lagi sekali... bersyukur sangat dapat suami yang suka masak :) kali ini resepinye di ambil dari iluvislam :) Bahan-bahan:: 1 cawan tepung kastad 1 tin jagung manis 1 tin susu cair / 2 cawan santan 1 cawan gula 2 cawan air 1 sudu teh esen vanilla Caranya:: 1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut. 2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati. mudahkan?? try la.... ni hasilnya :) urm... nnt nak try masak apa pulak ye...:)

kenapa kita asyik bertemu dengan orang yang salah??

Artikel ini sungguh menarik... dipetik dari "http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2052-adakah-kita-bertemu-dengan-orang-yang-salah-.html" Terkadang kita terfikir : Adakah kita bertemu dengan orang yang salah? Teman sekerja yang tak 'ngam'? Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study? Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ? Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi? (atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?) ((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?)) Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini. Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa ..... يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13] Untuk lita'arafu.. Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain. Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain. Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain. Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim. Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah.. Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan... Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah. Takkan! Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita. Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia. Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.' Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab. Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah, Untuk kita belajar sesuatu darinya. Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan. Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman. Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih. Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah. Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita. Itulah dia Allah. Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh. Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah. And He Knows best. Wallahua'lam. Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia.. P/S:: Tahniah atas artikel yang sangat menarik :) Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Sunday, April 10, 2011

Si Kecil Ku Chakkk :0

Assalamualaikum.... tersenyum saya di pagi hari ini... membaca coretan2 di qesahqaseh milik empunya diri cahayakehidupanku :).... telah ku sign in untuk menulis blog ini dari pagi td....tapi idea ngak datang...hehe selesai memasak "nasi goreng opah" ni baru la ada idea hehehe thanx opah heeee






kali ni nak story sikit pasal buah hati pengarang jantung ku.... si kiut miut "meow"... err itu lah nama yang diberi...hehe


tanggal 8 march 1987 telah lahir seorang baby kiut miut... (eh nampak mcm tak do kono mengeno kan) hahaha jap la...nak cito la neh...


baby kiut miut itu adalah saya...hehe terima kaseh ummi n ayah kerana melahirkan saya serta menjaga saya hingga "besar" hahaha dah kawen dah pon.... oleh kerana sudah kawen.... hari lahir saya tahun ini di sambut bersama suami...:)


haaaa ni nak cte ni... mmg jenis diri ini saja nak menguji suami sendiri... masuk je bulan march start ngan birthday my best friend forever nurfarah hanani 3march...dan ct maryam 7march... sibok je cakap kat suami...ari ni besday nani....arini besday ct... tapi xmo ckp yang bulan ni besday saya jugak...hehe

pastu pulak...suatu pagi tu...perodua call untuk set appointment servis kete... suami set selasa which is 8march!! owh sedey nye laa....huhu diam jer lagi... pastu... 7march sehari sebelum 8march (xkan tu pon kne sebut) heh... abg kata abg balik lambat sbb kne latih budak kat sekolah... huhu menunggu la saya dengan penuh kebuhsanan di rumah.... dalam kul 8 suami pon sampai....saya bukak pintu kete...saya nampak reben kat bawah sit...saya terpikir... mungkin latih budak pakai reben kot... sekaliiiii..... jeng jeng jeng.....

&

heeee adiah besday saya meow2... heeee sangat suka... sementara nak dapat makan kek suami pon bebel panjang... sbb saja nak uji dia hehe...


at first meow2 ni sangat la takot.... asek lari masuk bawak meja tv... malam tu abg pulun buat banglow untuk si kecil ku chakkk heeee

chumel kan banglow dia... hehe


Ada lah seminggu dia tido dalam tu....pastu...harapan laaa.... ada je peluang dia akan usaha untuk kuar dan tido di atas tilam bersama kami...huhu


meow2 juga dikenali sebagai jam loceng yang tidak di iktiraf... huhu kul 5pagi dia da bunyi2... lapar... naik atas badan betol2 depan batang hidung saya... dia ngeow2... huhu pastu kalau saya tak layan dia g pulak kat atas badan abg...jilat idung abg hehehe...

sekarang dia sudah gemok sikit... suke tgk dia gemok....


kalau saya kat dapor,dia teman saya masak... duduk je kat lapik kaki,saya gerak dia pon gerak...saya xgerak dia mula la nak ggt2 kaki la kain batik saya laa...kalau saya g mandi...dia tgk xde sape kat bawah dia lari naik atas duduk je tunggu luar bilik air...kalau saya lipat baju.... haaa dia mula la nak ggt baju2 tu...adoi....


ini pulak latest gambar dia... which is... semalam... sama2 sibok nak right buku budak... abg gerakkan je pen...dia pon terkam... hahaha xjadi keje la suami saya....


InsyaAllah dalam proses nak cari teman untuk meow2... tapi xtahu lagi nak warna apa.... heeee


sekian dulu kisah "meow"... thanx sudi baca... hehe

Sunday, April 3, 2011

newly weds~

Assalamualaikum semua....



Apa khabar? how are you? kaifal haal? hehe Alhamdulillah harapnye semua sehat2 belaka ye :)


Aduhaiii sudah lama rasanya tidak mengetuk2 huruf2 comel di keyboard laptop ni untuk tatapan kalian semua.... err (ada ke orang baca blog aku neh??) hehehe


Menyambung kembali post saya sebelum ini... kini Alhamdulillah sudah 3 bulan kami "Arif&My" melayari bahtera rumah tangga...


Mengingat kembali tanggal 26 December 2010...everything was so0o0 perfect... Special Thanx to my m0m & my dad + my al0ng + my itah + my mehmin + my adik dan my cuzen kak diana the best + my mak andam kak ella da bomb! +my best2 friends farahanani, aimisyarfa, norhayatikamaruzaman, sakdianahhashim, rabaatuladawiyah, safawatisafwan + ursherer2 pinky dan semua yang directly (makcik min & family) or indirectly bertungkus lumus menjadikan hari bahagia saya adalah hari yang sangat istimewa...





26 dec 2010...hari yang paling memenatkan yet membuatkan bibir ini tersenyum sehingga lengoh rasanya... hehe


Disamping tersengih gembira... ada yang berduka... ayah ngan ummi... "bukan senang nak lepaskan anak perempuan ni ye..." kata2 pembukaan ayah pada malam postmoterm di Arabic Taste Ar-Rawsha... sebak hati ini mendengarnya....


Apa pun... saya tetap anak kalian kan?? forever...terima kaseh...LOVE AYAH & UMMI...


Sekarang...~


My menetap di Tamparuli, Sabah di samping suami... buat masa ini masih part time house wife... bila abg kat umah... my pon punch card as a house wife... hehe bile abg g keje... saya jadi penganggur... hehe interview coming so0n InsyaAllah....


Honeymo0n...~


Not yet laaa.... abg kan guru... bila cuti sekolah baru la abg cuti... so xde masa lagi nak have a real honeymo0n somewhere nice...planning for honeymo0n on our 1st anniversary InsyaAllah... we had our pre honeymo0n... several times actually... we've been to Manukan Island for snorkeling... jalan2 di kaki gunung kinabalu.. kundasang... rendam kaki sambil digigit2 oleh ikan besar2 di air terjun Nabalu... sedikit sebanyak mengubati rasa rindu bersama teman2 di KL suatu masa dahulu...




Ni honeymoon every weekend kat tepi pantai karambunai... pantai dia sangat2 cantik....


Baby...~


Hohoho semua orang tanya saya..."dah ada isi ke".."ada berita baik ke"..."awak bila lagi"...


hehe sabar ye semua... belum ada rezeki lagi... do pray for us ye...



heeee sampai disini dulu.... till we meet again in the nest post... :)


Assalamualaikum...


Dekat Di Hati Ku...~