Salam alaik... hari hari ku kian sibuk...bukan mengeluh tapi ingin berkongsi kegembiraan... hidup sunyi tanpa kawan... ramai sahabat di UIA mungkin dah set mind masing masing yang tujuan kita ke UIA pastilah ingin menimba ilmu sebanyak mungkin... ada juga yang niatnya sudah salah... belajar untuk lulus exam sahaja... my juga pernah terfikir niat yang sama... ye la... subjek semakin susah... janji lulus alhamdulillah...hehehe
Setelah IMYC 09 berakhir, rezeki untuk bersama teman teman untuk bersama sekali lagi menjayakan baktisiswa penang 09 pula... kali ini 3 mahallah bergabung tenaga... mahallah sidiq, mahallah safiyyah dan mahallah maryam... tempat kali ini di Sungai Bakap Pulau Pinang... tak sabar sangat rasanya... harapannya sambutan di pulau pinang sehangat sambutan di kampung layau johor pada baktisiswa yang lepas...
Alhamdulillah sambil menunggu Ain di Pejabat Mahllah Maryam tadi, sempat juga mencuri sedikit masa untuk mengetahui isu semasa dan gosip gosip hangat di HARIAN METRO edisi JUMAAT 22hb mei 2009...
Jutaan takziah untuk keluarga Jafri Tajul Aripin dari Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah diatas pemergian isteri dan anak tercinta tanpa disangka. AL-FATIHAH buat keluarga mangsa.
Dalam ruangan Ad-Din pula tajuk 5 jenis sabar menarik minat saya...
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.
Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:
1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.
5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
Aimi peserta IMYC 09 dari UMP juga ada sharing halaqah hari ini juga berbicara tentang sabar... penceramahnya adalah ustazah fatma zahra...
Bicara halaqah hari ini berkisarkan tafsir surah Al Baqarah ayat 153-164...
Antara yang dapat disimpulkan adalah sabar terbahagi kepada 3 jenis:
1- sabar untuk taat
2- sabar untuk tinggalkan maksiat
3- sabar apabila ditimpa musibah
Allah berfirman "apabila kita ditimpa suatu musibah, hanya orang yang sabar akan berasa gembira"
Allah juga ada berfirman yang ujian yang diberikan kepada hambanya tidak akan diberi kalau hambanya tidak mampu... Allah tidak kejam terhadap hambanya... Allah kan bersifat Ar Rahim dan Ar Rahman...
So, sahabat semua... InsyaALLAH walau berat mana sekali pon ujian ALLAH itu... pasti kita boleh hadapinya... dan setiap kejayaan menempuhi ujian itu perlu lah ada rasa syukur... jangan riak pula ok?
sekian dulu tinta malam ini...
wassalam....
~rindukan ukhuwah yang sejati~